Murid biadap salah siapa?

Hari ini,i shooting dekat satu sekolah rendah ( nama sekolah dirahsiakan). Masa tu punyalah ramai pelajar tahun 1-6 duduk dekat kawasan bawah bumbung berdekatan dengan kantin. Kebetulan crew production tengah break lunch. Disebabkan pelajar terlalu bising, jadi sorang Guru Lelaki ni ( tak taulah dia ustaz ke , guru displin ke atau apa) mula tinggikan suara dan minta pelajar diam. Setakat tinggikan suara tu normal lah. Siapa tak stress nak ngadap bebudak yang tak dengar kata kan?. Tapi, marah macam mana pun,sebagai pendidik kena peka dengan perkataan yang bakal dikeluarkan untuk halwa telinga pelajar. Tak boleh la main petik je ayat ikut suka hati. Tengah sedap I nak ambik lauk tiba tiba I dengar guru lelaki tu jerit " wei!! Wei!! Kau darjah 6 kan?? Pergi masuk kelas! " ( dah lah tengah brief pelajar tahun 1 then siap pakai Mic! Satu sekolah dengar kot! I was like, apaaaa sey! Cikgu ni!. Then,tu tak gempak sangat, paling gempak bila Guru Lelaki tu tambah lagi " aku rasa macam nak tampar je muka sorang sorang" oh my God! How can seorang Guru cakap gitu depan pelajar??! I terus bengang lah! And pelakon sebelah I ( yang dah ada anak) terus cakap " the teacher is so rude! I takkan hantar anak I belajar sekolah macam ni" sambil blah bawak pinggan nasi. Then, sambil I menikmati makanan tengah hari bermula la topik pasal kenapa budak zaman sekarang ramai biadap. Pakcik makcik I majoriti cikgu. Tapi takdelah macam Guru Lelaki tadi. I anggap Guru tu agak biadap. I faham kerja cikgu ni stress tapi, budak budak kan masih "budak" dan tengah dalam proses pembelajaran. Kalau dah ajar benda tak elok, mestila budak-budak tu capture benda tak elok. 😒😒😒 I harap sangat, sesiapa pon yang bergelar pendidik, janganla keluarkan perkataan kesat dekat pelajar. Siapa lagi nak tunjukkan jalan yang lurus kalau bukan Cikgu. Kalau cikgu bengkok,pelajar pon sesat la cikgu! Harap Guru Lelaki tu berubah. Kalau tak berubah jugak, mungkin I akan buat next drama tajuk "Cikgu, jangan biadap boleh?" 😂😂😂😂😂
Drama " Cikgu,papa kirim salam" slot dahlia tv3
Wah seronok betul pelajar dapat tengok orang berlakon secara live

Comments

Popular Posts